Ramadan dan Rawatan Kesuburan

Ramadan Al-Mubarak, bulan yang istimewa bagi semua umat Muslim. Selain puasa, banyak ibadah lain yang boleh dilakukan di bulan Ramadan, dan akan mendapatkan imbalan pahala yang berlipat ganda.

Pasangan yang telah lama berkahwin dan telah lama mencuba untuk kehamilan pasti tidak mahu melengahkan rawatan kesuburan mereka.

Rawatan Kesuburan di bulan Ramadan. Apakah rawatan kesuburan untuk umat Muslim boleh dilakukan semasa berpuasa?

Dari pendapat beberapa fatwa, rawatan kesuburan adalah harus di bulan Ramadan terutama pasangan yang telah lama mencuba. Namun tidak semua rawatan kesuburan boleh dijalankan pada bulan Ramadan.

Sebelum kita berbincang lanjut mengenai hukum rawatan kesuburan semasa bulan Ramadan, kita kena faham bagaimana proses rawatan kesuburan dijalankan. 

Secara umum nya rawatan kesuburan terbahagi kepada rawatan umum seperti Timed Sexual Intercourse (TSI) di mana anda akan di berikan pill  kesuburan untuk di ambil di awal haid dan seterusnya anda akan mengenal pasti waktu kesuburan anda dengan ovulation predictor kit (OPK) atau scan melalui faraj (Transvagina scan) yang biasa dilakukan pada hari ke 12- 14 yang dikira dari hari pertama haid . Sekiranya telur anda subur , anda dikehendaki melakukan hubungan kelamin pada hari subur tersebut. Di sini, pada bulan Ramadan , saya nasihatkan anda membuat ujian kesuburan dengan Ovulation Predictor Kit (OPK) untuk mengenalpasti hari subur anda dan boleh melakukan hubungan kelamin di waktu yang sesuai (bukan di siang hari). Rawatan pill kesuburan tidak akan membatalkan puasa suami isteri di bulan Ramadan.

Namun untuk rawatan Intrauterine Insemination (IUI) dan In-Vitro Fertilization ( IVF) , suami perlu menghasilkan sperma di waktu siang hari, jadi rawatan IUI dan IVF tidak boleh dilakukan bagi umat muslim di bulan Ramadan. Mengeluarkan air mani dengan sengaja secara onani akan membatalkan puasa dan perlu di qadha. Sekiranya mengeluarkan air mani secara bersetubuh dan menggunakan condom untuk tujuan sperm collector, puasa akan terbatal dengan karafah puasa 2 bulan berturut-turut. Sekiranya umat muslim berhajat untuk menjalankan rawatan IUI dan IVF pada bulan Ramadan, saya nasihatkan anda untuk menangguhkan rawatan tersebut ke bulan lain. Sementara menunggu rawatan kesuburan , anda harus mengambil peluang keberkahan di bulan ini untuk banyak berdoa dan berbuat kebajikan, memohon semoga di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Pengambilan makanan berkhasiat waktu berbuka serta pengambilan pill asid folik serta vitamin boleh membantu mengoptimalkan peluang anda untuk mengandung secara semulajadi atau dengan rawatan kesuburan nanti.

#sunwayfertility #semenanalysis #infertility

Penulis

Dr Edawati Dahrawi Edrus
Pakar Kesuburan
Sunway Fertility Centre Kuching

Buat Temu Janji dengan Kita

Tinggalkan pesan dan kita akan segera menghubungi anda. Anda juga dapat telepon kita secara langsung di

+6019-2812337 untuk berbicara dengan anggota tim kesuburan kita.

Sunway Fertility Centre IVF